Kluang Mall sasar tawar lebih pilihan kepada pelanggan

Source by: Kluang Mall sasar tawar lebih pilihan kepada pelanggan

KUALA LUMPUR: Kluang Mall menyasarkan untuk menawarkan lebih banyak pilihan hiburan, fesyen muslimah dan konsep makanan dan minuman (F&B) baharu pada tahun ini.

Pengurus Kanan Kluang Mall, Rafiz Azwan berkata, pihaknya sedang mengkaji untuk mempertingkatkan lagi campuran penyewa dengan menambah kategori perdagangan baharu seperti kedai elektrik dan kedai hiasan rumah untuk memenuhi permintaan pembeli.

“Ini kerana kedua-dua kategori dagangan ini masih tidak lagi terdapat di Kluang Mall.

“Untuk terus kekal relevan, pihak pengurusan Kluang Mall akan sentiasa berusaha untuk menambah baik pengalaman membeli-belah dan pengalaman bekerja serta penyewa,” katanya kepada BH.

Rafiz berkata, Kluang Mall adalah pusat membeli-belah yang 100 peratus dimiliki sepenuhnya di daerah Kluang, Johor dan menjadikannya lain daripada pesaing di sekitarnya.

Pengurus Kanan Kluang Mall, Rafiz Azwan.

“Faktor ini menjadikan kami mempunyai perbezaan yang besar berbanding pesaing lain di mana kami sering menukar campuran penyewa untuk memenuhi perubahan kehendak pembeli.

“Kami dapat membawa masuk rangkaian fesyen antarabangsa seperti H&M dan UNIQLO pada 2015 dan menjadikan kami berbeza daripada pesaing kami,” katanya.

Beliau berkata, Kluang Mall mencapai matlamat ini dengan menjalankan peningkatan aset utama pada tahun 2014 dengan mengkaji pusat beli-belah lain di Malaysia dan di seluruh dunia.

Ini memberikan cabaran utama terhadap Kluang Mall untuk menyesuaikan diri dengan corak pengguna yang sering berubah-ubah.

“Peruncit terpaksa melaraskan campuran barangan mereka untuk membawa kembali pembeli yang sama dan menyebabkan mereka memikirkan perkara yang menarik minat pembeli di Kluang Mall.

“Namun apabila dengan adanya penambahan rangkaian fesyen antarabangsa di sini, kami dapat melihat pembeli sangat teruja dengan kehadiran H&M dan UNIQLO apabila mula beroperasi di sini.

“Penduduk yang menetap di Kluang sering membeli-belah di Kuala Lumpur, kini mereka mula membeli di tempat mereka sendiri,” katanya.