NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Tenaga Nusantara Sdn Bhd adalah pengendali kepada Kluang Mall ("Kluang Mall") dan amat komited dalam melindungi data peribadi anda. Akta Perlindungan Data Peribadi, 2010 ("Akta") adalah Akta yang mengawal segala pemprosesan data peribadi di dalam transaksi komersial. Akta ini memerlukan Tenaga Nusantara Sdn Bhd memberitahu dan menjelaskan kepada anda tentang bagaimana Kluang Mall mengumpul dan memproses data peribadi yang diberikan oleh anda kepada Kluang Mall dan/atau di laman web yang dikendalikan Kluang Mall di http://www.kluangmall.com ("Laman Web").

Terma-terma yang terdapat di dalam Notis Perlindungan Data Peribadi ("Notis") ini seperti "data peribadi", "pemprosesan", "transaksi komersial", dan juga "orang yang berkaitan" membawa makna yang sama sepertimana yang dinyatakan di dalam Akta. Untuk tujuan Notis ini, ungkapan seperti "kami" adalah merujuk kepada  Tenaga Nusantara Sdn Bhd, manakala ungkapan "anda" adalah merujuk dan merangkumi pelanggan, bakal pelanggan, penjual, pembekal, penyewa, bakal penyewa atau pembekal perkhidmatan dan/atau orang yang berkaitan yang ingin mendapatkan atau meminta tentang produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan dari Kluang Mall.

 
JENIS-JENIS DATA PERIBADI DAN SUMBERNYA

Data peribadi yang diberikan oleh anda dan/atau yang telah kami dapatkan dengan sendirinya dari sumber-sumber yang sah (seperti depositiri awam, agensi pelapor kredit, domain awam, majikan anda, bekas majikan anda dan juga pihak ketiga yang telah diberi kuasa,) di dalam borang-borang kami, perjanjian, Laman Web, dan/atau lain-lain dokumen yang sehubungan dengannya atau penggunaan sistem litar kamera tertutup ("CCTV") yang terdapat di dalam Kluang Mall yang boleh merangkumi maklumat mengenai nama anda, nombor kad pengenalan, nombor pasport, alamat rumah, nombor telefon ( seperti telefon bimbit, telefon rumah dan juga pejabat), jantina, status perkahwinan, pekerjaan, jawatan, alamat e-mel, nama sekolah, nombor pendaftaran kenderaan, model kenderaan, jenis kenderaan, maklumat dalam format audio dan/atau video (termasuk rakaman suara, video, CCTV, rakaman keselamatan dan imej-imej (termasuk gambar) (secara kolektifnya "Data Peribadi").

Lawatan anda ke Laman Web boleh direkod bagi tujuan analisis statistik jumlah pengunjung ke Laman Web dan corak penggunaan umum. Sesetengah maklumat ini akan dikumpulkan melalui penggunaan "cookies". Cookies adalah fail kecil yang meminta persetujuan anda untuk ianya ditempatkan ke dalam komputer anda. Sekiranya anda bersetuju, cookies berperanan dalam menganalisa trafik web atau memberitahu laman-laman web yang pernah anda lawati sebelum ini. Kami hanya menggunakan maklumat ini bagi tujuan menganalisis statistik dan setelah digunakan data tersebut akan dikeluarkan dari sistem. Cookies tidak sama sekali memberi kami akses kepada komputer atau apa-apa maklumat mengenai anda, melainkan data yang telah anda pilih untuk dikongsikan bersama kami. Anda berhak untuk memilih sama ada untuk menerima atau menolak cookies tersebut. Kebanyakan pelayar web, akan secara automatiknya menerima penggunaan cookies tersebut, akan tetapi anda boleh mengubahnya di tatapan pelayar untuk tidak menerima penggunaan cookies sekiranya anda memilih untuk membuat sedemikian. Pilihan ini akan mengelakkan anda daripada menggunakan sepenuhnya Laman Web.

TUJUAN PENGUMPULAN DATA PERIBADI

Kami akan memproses Data Peribadi yang berkaitan dengan transaksi komersial bagi tujuan-tujuan yang berikut:

•untuk menilai dan memproses permintaan anda berkaitan produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan kami, membantu dalam transaksi komersial bersama anda termasuk dan tidak terhad kepada penyediaan segala perjanjian-perjanjian yang  berkaitan dan juga dalam menyelia akaun-akaun kami dan segala rekod operasi, pentadbiran dan keperluan pembangunan Kluang Mall;

•sebagai pengesahan identiti anda, mengemaskini rekod anda, memproses invois-invois, pembayaran, resit-resit, pungutan hutang, pelaksanaan khidmat sokongan pelanggan dan perkhidmatan, dan juga menyediakan permintaan produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan lain yang dijalankan sehubungan dengan perniagaan kami;

•penglibatan anda dalam cabutan bertuah, pertandingan promosi atau kempen yang diadakan oleh kami atau bagi pihak kami;

•untuk memudahkan keperluan khas dalam perkara yang melibatkan ketidakupayaan atau keadaan perubatan yang boleh melaksanakan perkhidmatan yang dipilih;

•untuk tujuan berkomunikasi dengan anda, penyampaian notis-notis, perkhidmatan-perkhidmatan atau kemudahan-kemudahan, maklum balas segala pertanyaan anda dan membuat penjelasan melalui SMS, panggilan telefon, e-mel, faks, surat dan/atau lain-lain saluran komunikasi yang sewajarnya;

•untuk menjalankan penyelidikan dan analisis pemasaran dalaman;

•menyediakan anda dengan maklumat pemasaran, jualan murah atau promosi produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di Kluang Mall yang dibuat oleh penyewa-penyewa Kluang Mall, surat berita, terbitan berkala, cabutan bertuah, peraduan dan/atau kaji selidik melalui SMS, panggilan telefon, e-mel, faks, surat dan/atau lain-lain saluran komunikasi yang sewajarnya. Sekiranya anda tidak membenarkan kami untuk memproses Data Peribadi anda bagi tujuan-tujuan di atas, anda boleh memaklumkan kepada kami melalui alamat yang disediakan di dalam Notis ini;

•melakukan pemeriksaan yang sepatutnya dalam menilai kelayakan kredit anda yang dijalankan sehubungan dengan perniagaan kami;

•pendedahan umum dan menggunakan Data Peribadi, imej-imej, gambar-gambar, rakaman suara dan video anda bagi tujuan publisiti tanpa sebarang bayaran atau  pampasan sekiranya anda adalah pemenang di dalam sesebuah peraduan;

•untuk tujuan pencegahan dan mengesan jenayah, siasatan dalaman, pematuhan, audit atau bagi tujuan keselamatan;

•bagi menguatkuasakan hak dan tanggungjawab kontrak dan undang-undang; dan

•bagi tujuan memenuhi kehendak undang-undang dan peraturan.

Anda dengan ini telah mengesahkan bahawa Data Peribadi yang diberikan oleh anda atau yang diperolehi dari anda adalah mencukupi, tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan Data Peribadi tersebut adalah penting bagi kami dalam menyediakan produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan kepada anda. Sekiranya anda memilih untuk tidak memberi Data Peribadi anda atau sekiranya Data Peribadi anda tersebut adalah tidak mencukupi, tidak tepat, tidak lengkap dan/atau mengelirukan, Kluang Mall tidak akan dapat menyediakan anda dengan produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan yang anda perlukan ataupun pada tahap perkhidmatan yang anda perlukan.

PENDEDAHAN DATA PERIBADI (DI DALAM DAN/ATAU DI LUAR MALAYSIA)

Dalam memberikan khidmat produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan yang anda perlukan, anda dengan ini memberi kebenaran dan kuasa kepada kami untuk mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak seperti yang berikut (dalam dan/atau di luar Malaysia):

•syarikat induk, subsidiari-subsidiari, syarikat-syarikat bersekutu dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kami;

•pekerja-pekerja kami, perunding-perunding, akauntan-akauntan, juruaudit-juruaudit, peguam-peguam, penasihat-penasihat, ejen-ejen, kontraktor-kontraktor, penjual-penjual, rakan pemasaran, penyedia perkhidmatan, peniaga-peniaga, institusi-institusi kewangan atau penyewa-penyewa pasaraya yang menyediakan khidmat sokongan pelanggan, produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan;

•pemegang serah hak atau bakal penerima pindahan atau pembeli hak-hak/perniagaan/asset Kluang Mall;

•penyedia perkhidmatan-perkhidmatan dan produk-produk (termasuk sesiapa yang membantu kami dalam menyediakan Laman Web) untuk operasi, keperluan pentadbiran dan pembangunan Kluang Mall;

•ahli keluarga terdekat anda dan/atau orang yang dihubungi ketika kecemasan sebagaimana yang dimaklumkan kepada Kluang Mall dari semasa ke semasa;

•apabila dikehendaki undang-undang, pemprosesan undang-undang, pungutan hutang, permintaan daripada pihak-pihak berkuasa yang berkaitan dan/atau perkara yang berhubungan dengan hidup dan mati, keselamatan atau harta seseorang atau keselamatan atau harta sesebuah syarikat;

•kepada orang awam dengan menyiarkan Data Peribadi, imej-imej, gambar-gambar, perakam suara dan video anda untuk tujuan publisiti tanpa bayaran atau pampasan sekiranya anda menjadi pemenang di dalam sesebuah peraduan.

HAK AKSES DAN/ATAU MEMBETULKAN DATA PERIBADI


Anda berhak untuk:

•menyemak sama ada kami menyimpan Data Peribadi anda dan meminta akses pada masa yang sama;

•membetulkan apa-apa Data Peribadi yang kurang tepat, tidak lengkap dan yang tidak dikemaskini;

•memaklumkan kami bahawa anda ingin menarik balik (sepenuhnya atau sebahagian) kebenaran anda yang telah diberikan kepada kami sebelum ini, tertakluk kepada syarat-syarat kontrak dan juga sebarang sekatan undang-undang;

•berhubung dengan kami dalam membuat bantahan sekiranya Data Peribadi anda digunakan bagi tujuan pemasaran.

Sekiranya anda ingin meminta akses atau membuat pembetulan ke atas Data Peribadi anda atau menghadkan Data Peribadi anda dari diproses, segala pertanyaan atau aduan boleh dikemukan pada:

Pengurus Komunikasi Korporat

Tenaga Nusantara Sdn Bhd

Tel:    607-776 1240

Fax:    607-7761202

E-mel: ccm@kluangmall.com

Anda dikehendaki membuat sebarang permintaan di dalam bentuk penulisan atas sebab-sebab keselamatan dan bagi tujuan pengesahan. Selaras dengan Akta, Kluang Mall akan mengenakan fi seperti yang ditetapkan di dalam Akta, terhadap sebarang permintaan mengakses Data Peribadi yang diminta oleh anda seperti yang berikut:

Butiran    Perihalan    Fi Maksimum (RM)
1    Permintaan untuk mengakses Data Peribadi anda dengan salinan                 10
2    Permintaan untuk mengakses Data Peribadi anda tanpa salinan                   2
3    Permintaan untuk mengakses Data Peribadi Sensitif dengan salinan                  30
4    Permintaan untuk mengakses Data Peribadi Sensitif tanpa salinan                   5

Sekiranya kami menolak permohonan anda untuk mengakses dan/atau membuat pembetulan pada Data Peribadi anda, sebab-sebab penolakan permohonan akan diberitahu kepada anda.

KEBENARAN DARI ORANG YANG BERKAITAN

Sekiranya anda membekalkan Data Peribadi mana-mana orang yang berkaitan (seperti orang untuk dihubungi sewaktu kecemasan, ibu bapa kepada pelanggan yang masih lagi di bawah umur, penjaga yang dilantik oleh mahkamah, wakil-wakil yang diberi kuasa, kontraktor, peguam-peguam, ahli kewangan), maka Notis ini hendaklah terpakai ke atas orang yang berkaitan.

Anda juga memberi jaminan kepada Kluang Mall bahawa anda mempunyai kuasa atau telah diberi kuasa oleh orang yang berkaitan, dengan memberikan Data Peribadi orang yang berkaitan kepada Kluang Mall bagi tujuan-tujuan dan pendedahan seperti yang terkandung di dalam Notis ini dan anda juga bertanggungjawab untuk melanjutkan satu salinan Notis ini kepada orang yang berkaitan. Kandungan di dalam Notis ini hendaklah dianggap sebagai notis yang diberikan kepada dan dengan kebenaran yang telah diperolehi dari orang yang berkaitan.


PERUBAHAN PADA DATA PERIBADI

Kami akan memastikan agar Data Peribadi anda adalah tepat, lengkap dan merupakan maklumat yang terkini. Oleh itu, sekiranya ada sebarang perubahan pada Data Peribadi anda, anda perlu menghubungi kami secara terus melalui butiran untuk dihubungi yang telah disertakan di atas.

PENGUBAHSUAIAN PADA NOTIS

Kami akan menyemak dan mengemaskini Notis ini dari semasa ke semasa, berdasarkan perubahan yang dilakukan di dalam Akta. Versi Notis yang paling baharu akan disediakan kepada anda sekiranya anda membuat permintaan di alamat yang dinyatakan di atas atau ianya juga boleh didapati di Laman Web kami iaitu www.kluangmall.com. Dengan menerima dan memperolehi produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan secara beterusan dari Kluang Mall, segala pengubahsuaian atau pengubahan pada Notis ini merupakan penerimaan anda terhadap segala pengubahsuaian atau pengubahan pada Notis ini.

KONFLIK

Sekiranya ada ketidakselarasan di antara Notis versi Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai dan didahulukan dari notis versi Bahasa Malaysia.


---------------------Lebihan halaman ini adalah sengaja dibiarkan kosong-----------------